Masalah MNP

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

**MNP**

Sejak kebelakangan ini, pihak DMT menerima banyak aduan/permintaan bagi membatalkan/mengubah maklumat permohonan MNP daripada SD/Dealer dgn alasan "tersilap masukkan nama" , "tersilap masukkan nombor" , "user salah bagi maklumat". Untuk makluman semua, pihak DMT tiada access untuk mengubah mana-mana permohonan yang tersilap maklumat.
- Sekiranya ada kesilapan maklumat, permohonan akan automatik Reject. Tiada keperluan untuk memohon pembatalan drpd DMT.
- DMT hanya akan membatalkan permohonan "Pending" yang melebihi 48 jam sahaja.
- Tempoh proses MNP adalah 5 hari bekerja selepas status berubah kpd "Pending/NPR Ack"
- Sekiranya permohonan MNP berstatus "Rejected" cth (Rejected/Sp10), SD/D hanya perlu membuat resubmit, tidak perlu memohon pembatalan drpd DMT.
Pihak DMT ONEXOX memohon jutaan kerjasama drpd semua SD/Dealer untuk lebih teliti dan fokus ketika membuat pendaftaran MNP. Ini adalah penting bagi melancarkan proses pendaftaran tanpa menyusahkan bakal-bakal user.
**TERMINATE**
Berikutan terdapat jumlah nombor terminated yang semakin tinggi, para pengedar diharap dapat memberi perhatian kpd perkara ini.
- Sila pastikan setiap user SP & MNP WAJIB membuat panggilan pertama berjawab dalam masa 30 hari selepas pendaftaran dibuat.
- Bagi user SP, pastikan user membuat topup RM50 dalam masa 30 hari selepas pendaftaran dibuat bagi mengaktifkan tempoh sah 28 bulan.
**SRP**
Setiap permohonan SRP, anda WAJIB menyertakan ;
- Gambar sim SRP dgn nombor siri yang jelas.
- Nombor telefon
- Nama penuh user
- Nombor IC/passport user
**INSENTIF**
- Pastikan setiap pengedar WAJIB membuat tambah nilai personal RM30 setiap bulan bagi melayakkan mendapat insentif seperti yang tertakluk dalam kontrak pengedar (8.1)
Selain itu, para Dealer yang melantik Subdealer WAJIB membimbing & memberi tunjuk ajar yang sempurna kpd setiap SD anda. Ini berikutan banyak aduan drpd SD mengatakan bahawa tiadanya bimbingan drpd Dealer yg mendaftar mereka. Pihak syarikat telah mengesan bahawa terdapatnya sebahagian dealer yang hanya mengejar kuantiti dan mengabaikan kualiti.
Mohon sebarkan maklumat peringatan ini kepada SD/D yang tiada dalam ONEXOX Official Dealer Group ini.
Sekian. Terima Kasih.


Komen