Blog - Fullspeed.my

6 Kelebihan Simkad ONEXOX dan kenapa anda harus bertukar ke ONEXOX

Jika user tidak reply sms itu, MNP akan terus PENDING, atau jika sekiranya user membalas tidak mahu bertukar, MNP akan REJECT.

Oleh itu, sila terangkan kepada user baru anda perkara ini jika ada yang berminat hendak MNP (convert line). Semua pengguna perlu lebih alert dengan sms yang bakal diterima dan lakukan langkah seperti yang diarahkan supaya proses MNP berjalan dengan lancar.

Jika anda atau user anda merupakan pengguna Prepaid Maxis Hotlink, sila pastikan apabila pihak Maxis hantar pengesahan SMS, mohon reply Y (untuk YES) dalam kadar segera. Jika terlewat reply, maka pihak maxis akan reject permohonan MNP dengan Code SP51.

Rujuk dibawah:

MAXIS
Reply SMS:
YES ke 23400

TUNETALK
Reply SMS:
Y ke 2233

DIGI
Reply SMS :
Y ke 27676

UMOBILE
Reply SMS
Y ke 28138

Ingin Menambah Pendapatan atau Kerja Sampingan Hubungi saya:

wan sukri 011 33 77 99 15

APA PUN ANDA BUAT SEKARANG CUBA PERTIMBANGKAN PELUANG PERNIAGAAN INI !!!

Bagaimana utk menjadi usahawan ONEXOX??

Kos menjadi Sub dealer sudah semakin murah dan ambil yang cepat

Mula-mula sekali anda perlu jadi pengguna ONEXOX dahulu.... Anda boleh pilih no baru, no vip atau anda boleh KEKALKAN NO LAMA... (Boleh dptkan dari saya )

onexox telah membuka satu lagi peluang bisnes kepada hanya... hanya dgn rm90 saya dah mempunyai aksess full dealer...
Jangan tunggu lama2 lagi.. jom sertai kami ...
SUBDEALER RM90
1. system full access
2. 5 keping simkad
3. tiada eRecharge (restok pada AD)
4. layak hingga tier 2
# tier 1 - 10%
# tier 2 - 2%
5. TERUS BOLEH LANTIK DEALER
6. Syarat kelayakkan ke tier 4 mesti ada 25 user aktif beserta minima topup rm5
7. Insentif lantik subdealer RM20

Boleh hubungi saya segera untuk belian pin bagi Subdealer...

1. Kenapa ONEXOX takde iklan kt TV?

- Oleh kerana kos pengiklanan yg sgt tinggi melalui TV, ONEXOX merasakan ianya tidak perlu buat masa ini. Lebih baik kos iklan yg tinggi itu ditukarkan kepada PELABURAN PENJIMATAN kpd pengguna. Sebab itu kami mampu memberi kadar yg rendah kpd pengguna berbanding lain-lain rangkaian.

2. Dimanakah saya nak dapatkan simkad ONEXOX dan berapa harganya?

- Simkad ONEXOX boleh dibeli daripada Dealer Sah kami di seluruh Malaysia. Sehingga kini lebih 16000 Dealer kami diseluruh Malaysia. Dealer kami kebanyakannya sentiasa bergerak dan membuka booth di Kedai persendirian, pasar-pasar malam/tani, online dan banyak tempat lagi...Harga permulaan simkad RM10.00. Ya hanya RM10.00 sahaja dengan RM5 kredit tersedia. Untuk memudahkan anda kami berikan senarai dealer dalam grup kami : >

http://wansukri.onexox.im WHATSSAPP-016.806.5428

3. Luaskah 'coverage' ONEXOX?

- Onexox MVNO di bawah CELCOM. Kami menggunakan 'coverage' Celcom yg mana umum telah diketahui 'coverage' Celcom adalah yg terluas di Malaysia. Jadi, dimana ada 'Coverage' Celcom, Disitulah ade Onexox.

4. Bolehkah saya melanggan ONEXOX dengan amengekalkan nombor sedia ada?

- Ya, boleh. Ianya dinamakan MNP. Anda juga akan mendapat Validity permulaan selama 28 bulan. Apa itu validity 28 bulan? Tempoh sah sim anda dan juga tarikh luput kredit selama 28 bulan. Jadi anda tak perlu lagi stres dengan tarikh luput kredit anda dengan tempoh masa pendek (harian, mingguan). Jika anda membuat tambah nilai, validity akan sentiasa bertambah mengikut jumlah denominasi topup anda. Boelh dikatakan dgn mengekal nombor lama dan hanya bertukar ke rangkaian Onexox, tarikh luput kredit anda SEUMUR HIDUP sekiranya setiap bulan anda tambah nilai sekurang-kurang RM30 sahaja.

5. Apa kelebihan ONEXOX?

- Kami berbeza dengan lain-lain rangkaian. Banyak kelebihan yg kami tawarkan seperti call serendah 5sen di bawah 10 saat, SMS percuma sesama rangkaian, Validity 28 bulan, pembahagian dua akaun dan banyak lagi.

6. Kenapa kuota internet cepat habis?

- Kuota cepat habis bergantung kepada banyak faktor, faktor utama ialah peranti yang digunakan. Jika android lain sebab dia, ios lain sebab dia, blackberry lain.. kalau bukan smartphone memang takde sebab. Kalau guna Android pelanggan boleh check di bahagian setting di data usage, disitu kita akan disediakan maklumat penggunaan data lebih lengkap. Software Update.. kadang kadang bila kita tukar simkad peranti akan kembali kepada mode asal dan selalunya update software akan terletak kepada ‘all’.. iaitu apabila peranti mengesan perkhidmatan data tersedia.

7. Kenapa Onexox bila habis data tak boleh on Whatsapp & Wechat?

- Lagi satu pasal apa bila data habis kita tak boleh menggunakan aplikasi seperti wechat dan whatsapp kerana perkhidmatan ONEXOX tidak ada throtlle speed control.. apa dia throtlle speed ni... dia mcm ni kita langgan data RM38 utk 1 GB.. (speed memang merapu kejap laju kejap lemau) bila data 1 GB habis pelanggan masih boleh pakai whatsapp ..sebab selepas 1 gb speed internet akan diperlahankan kepada 64 kbps ..kenapa telco besar boleh buat pekara ini ? sebab mereka ada berjuta juta pelanggan dan mereka telah mengambil untung awal dari penjualan 1 GB (1024MB) RM38 (contoh sahaja)... lagi satu cara telco besar boleh memberi data 64kbps ialah dengan mengenakan caj panggilan yang mahal.. jadi mereka boleh compensate keuntungan kepada data tahap rendah kepada pelanggan... Validity juga memainkan peranan penting apabila anda topup 10 ringgit anda hanya dapat 7 hari untuk menggunakan perkhidmatan ....Permainan data berkelajuan tinggi selalu diperlahankan oleh telco besar apabila tahap penggunaan mencapai tahap maksimum di dalam bandwith mereka.. apabila ini berlaku speed internet mereka akan automatik turun dari 3.6 mbps kepada kdg kdg sampai 500 kbps walaupun pada waktu itu kuota anda masih banyak..

8. Jimat sangat ke ONEXOX?

- Kebanyakan rangkaian mengenakan caj per minit... yg mana apabila kite buat panggilan hanya 2,3 saat caj tetap dikenakan per minit...contoh caj per minit 28sen, jadi panggilan 2,3 saat pun akan dikenakan caj 28sen. Berbeza dgn ONEXOX, caj mengikut 3 blok panggilan ke semua rangkaian iaitu 10 saat pertama 5sen, 11-30 saat 9sen, 31-60 saat 9sen (Akauan Dedikasi)... Kelebihan lain ONEXOX ialah tetapan 10 nombor Rakan & Famili KE SEMUA RANGKAIAN yg mana caj yg dikenakan serendah 6sen setiap 30 saat. TIADA PADA MANA-MANA RANGKAIAN LAIN.

9. Adakah ONEXOX mempunyai kontrak selama 3 bulan penggunaan seperti lain-lain rangkaian?

- TIDAK. Jika anda menjadi pengguna onexox, anda tidak terikat dgn kontrak penggunaan seperti lain-lain rangkaian iaitu selama 3 bulan. Jadi, sekiranya anda bertukar kpd rangkaian onexox hari ini dan tidak berpuas hati dgn perkhidmatan kami, bila-bila masa shj anda blh port out semula ke mana-mana rangkaian yg anda pilih. Sebab apa onexox tidak kenakan kontrak terhadap pengguna? kerana onexox mementingkan HAK PENGGUNA. Pengguna berhak memilih mana-mana rangkaian yg sesuai dan yg memberi kepuasan kpd mereka. Inilah satu lagi KETERBEZAAN onexox dgn lain-lain rangkaian yg lebih mementingkan keuntungan daripada HAK PENGGUNA.

10. Betul ke ONEXOX takde caj tersembunyi?

- YA. ONEXOX tidak mengenakan caj tersembunyi kepada pengguna seperti kebanyakan rangkaian Telco yg ada pada hari ini. Ini kerana Prepaid ONEXOX menyediakan perkhidmatan 'Itemised Billing' yg mana pengguna boleh menyemak bil penggunaan mereka. Pengguna hanya perlu membuat pendaftaran email di dlm laman Web kami iaitu www.onexox.my ---> SELF CARE. Pengguna juga blh menghubungi operator kami jika terdapat caj-caj yg meragukan. Operator kami akan sentiasa membantu anda.

11. Saya pengguna nombor baru, bolehkah saya mendapat TEMPOH SAH 28 BULAN?

- YA. Bermula Dec 2014, pengguna yg melanggan sim ONEXOX bernombor baru anda juga layak mendapat tempoh sah 28 bulan dgn syarat nombor tersebut perlu membuat TAMBAH NILAI/TOPUP RM50 SEKALIGUS DALAM TEMPOH 30 HARI SELEPAS SIM DIAKTIFKAN. Tarikh sah 28 bulan akan dikemaskini selepas 14 hari dari tarikh tambah nilai/topup yg dibuat.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

**MNP**

Sejak kebelakangan ini, pihak DMT menerima banyak aduan/permintaan bagi membatalkan/mengubah maklumat permohonan MNP daripada SD/Dealer dgn alasan "tersilap masukkan nama" , "tersilap masukkan nombor" , "user salah bagi maklumat". Untuk makluman semua, pihak DMT tiada access untuk mengubah mana-mana permohonan yang tersilap maklumat.
- Sekiranya ada kesilapan maklumat, permohonan akan automatik Reject. Tiada keperluan untuk memohon pembatalan drpd DMT.
- DMT hanya akan membatalkan permohonan "Pending" yang melebihi 48 jam sahaja.
- Tempoh proses MNP adalah 5 hari bekerja selepas status berubah kpd "Pending/NPR Ack"
- Sekiranya permohonan MNP berstatus "Rejected" cth (Rejected/Sp10), SD/D hanya perlu membuat resubmit, tidak perlu memohon pembatalan drpd DMT.
Pihak DMT ONEXOX memohon jutaan kerjasama drpd semua SD/Dealer untuk lebih teliti dan fokus ketika membuat pendaftaran MNP. Ini adalah penting bagi melancarkan proses pendaftaran tanpa menyusahkan bakal-bakal user.
**TERMINATE**
Berikutan terdapat jumlah nombor terminated yang semakin tinggi, para pengedar diharap dapat memberi perhatian kpd perkara ini.
- Sila pastikan setiap user SP & MNP WAJIB membuat panggilan pertama berjawab dalam masa 30 hari selepas pendaftaran dibuat.
- Bagi user SP, pastikan user membuat topup RM50 dalam masa 30 hari selepas pendaftaran dibuat bagi mengaktifkan tempoh sah 28 bulan.
**SRP**
Setiap permohonan SRP, anda WAJIB menyertakan ;
- Gambar sim SRP dgn nombor siri yang jelas.
- Nombor telefon
- Nama penuh user
- Nombor IC/passport user
**INSENTIF**
- Pastikan setiap pengedar WAJIB membuat tambah nilai personal RM30 setiap bulan bagi melayakkan mendapat insentif seperti yang tertakluk dalam kontrak pengedar (8.1)
Selain itu, para Dealer yang melantik Subdealer WAJIB membimbing & memberi tunjuk ajar yang sempurna kpd setiap SD anda. Ini berikutan banyak aduan drpd SD mengatakan bahawa tiadanya bimbingan drpd Dealer yg mendaftar mereka. Pihak syarikat telah mengesan bahawa terdapatnya sebahagian dealer yang hanya mengejar kuantiti dan mengabaikan kualiti.
Mohon sebarkan maklumat peringatan ini kepada SD/D yang tiada dalam ONEXOX Official Dealer Group ini.
Sekian. Terima Kasih.

Statistik bilangan pengguna telefon berdaftar di Malaysia adalah seramai 34.4 juta berbanding populasi rakyat Malaysia itu sendiri iaitu seramai 27.4 juta orang.

Telefon kini menjadi barang keperluan dan bukan lagi kehendak. Ianya akan bertambah dari tahun ke tahun.

Peluang perniagaan untuk anda & jom sertai kami sebagai Pengedar Onexox untuk bersaing dengan syarikat gergasi lain dalam industri ini.

Kenapa Anda Perlu Jadi Pengedar Onexox?

Anda berfungsi sebagai Mini Telco !

# Anda akan menjual produk keperluan & mampu milik.
# Menjual simkad berharga RM10 dengan nilai isian tersedia sebanyak RM5.
# Plan yang terdapat di Onexox adalah terjimat & tiada caj-caj tersembunyi.

Rakan Niaga (Dealer)
One XOX Sdn Bhd menawarkan insentif lumayan yang berterusan kepada rakan niaga / pengedar yang membuat pengaktifan SIM kad ONEXOX. Dengan kos perniagaan mampu milik yang sangat minima.

Pengedar akan mendapat akses penuh, untung runcit ke atas jualan SIM Pack, 5% untung runcit daripada jualan tambah nilai dan 10% insentif tambah nilai daripada jumlah tambah nilai yang setiap kali dibuat oleh pelanggan ONEXOX yang telah didaftarkannya; walau di mana sahaja tambah nilai dibuat berdasarkan kepada pusat-pusat jualan tambah nilai yang diiktiraf oleh One XOX Sdn Bhd.

Insentif tambahan yang lebih lumayan menanti apabila seseorang pengedar berjaya ke peringkat pengedaran yang lebih tinggi.

Bagaimana Untuk Menjadi Rakan Niaga / Usahawan ONEXOX?
1. Mula-mula sekali anda perlu jadi pengguna ONEXOX dahulu. Anda boleh pilih NOMBOR BARU atau KEKALKAN NOMBOR LAMA.
2. Kemudian, anda bolehlah mendaftar sebagai PENGEDAR dengan dealer yang anda berurusan.
3. Terdapat 2 pakej pengedar disediakan oleh ONEXOX iaitu SUB-DEALER (RM90) dan DEALER (RM278). Apa yang akan anda dapat daripada modal yang dikeluarkan adalah seperti berikut :

Untung Jualan Simkad

Pengguna beli simkad dengan kita RM10.
Kita beli dari HQ RM7.80
Untung Simkad - RM2.20 (20%)
Contoh Keuntungan : 1000 simkad x RM2.20 = RM2200

Insentif Topup 10%

Contoh kita berjaya jual sebanyak 1000 simkad.
1000 x RM50 (andaian reload setiap pengguna) = RM50000 x 10%. Anda akan dapat insentif sebanyak RM5000 pada bulan tersebut
Insentif ini akan berterusan sekiranya pengguna reload.
Ini di nama kita buat kerja sekali untung berterusan (pendapatan pasif)
Pengguna reload di mana sahaja (7e/ePay/Online/Pengedar/Stesen Minyak) kita tetap dapat insentif 10% ini.

Untung Runcit eRecharge

Selain menjual simkad, insentif topup kita juga boleh menjana pendapatan dari reload.
Keuntungan erecharga adalah sebanyak 2%, 4% dan 5%
2% - eRecharge bawah RM200, 4% - eRecharge antara RM200 - RM399 dan 5% - eRecharge melebihi RM400
Contoh Keuntungan : Kita beli eRecharge sebanyak RM10,000 kita dapat RM10,500. Keuntungan kita adalah sebanyak RM500.

Di bawah adalah langkah untuk mengurangkan penggunaan data bagi iPhone. Sila lakukan tetapan di bawah untuk penjimatan data yang lebih baik.


Tips Mengurangkan Penggunaan Data Bagi iPhone.

Tetapan pada bahagian Menu Settings

Turn Off Cellular Data Usage for iCloud

  1. Buka Settings dan pergi ke menu iCloud.
  2. Menu iCloud Drive
  3. Turn Off Use Cellular Data
  4. Atau set iCloud Drive kepada Off sekiranya tidak menggunakan perkhidmatan iCloud.

Disable Automatic Downloads on Cellular Data

  1. Buka Settings
  2. Menu iTunes & App Store
  3. Turn Off Use Cellular Data

Disable Wi-Fi Assist

  1. Buka Settings
  2. Cellular
  3. Scroll sehingga ke bawah
  4. Turn Off Wi-Fi Assist

Monitor atau Disable Data Apps

  1. Buka Settings
  2. Cellular
  3. Lihat Use Cellular Data For
  4. Turn Off mana-mana aplikasi yang tidak anda gunakan semasa penggunaan 3G/4G.

Pada bahagian ini anda akan boleh memantau aplikasi mana yang mengguna data berlebihan. Ianya sama fungsi seperti Android Data Usage. Setiap kali anda melanggan Internet pastikan anda Reset Statistics pada bahagian bawah sekali dalam menu ini supaya dapat memantau penggunaan seterusnya.

Disable Background App Refresh

  1. Buka Settings
  2. General
  3. Background App Refresh
  4. Turn Off Background App Refresh

Tetapan pada Aplikasi

Aplikasi Facebook

  1. Buka Facebook App
  2. Icon More
  3. Videos and Photos
  4. Video Settings – Turn Off Upload HD
  5. Video Settings – Autoplay set kepada On Wi-Fi Connections Only atau Never Autoplay Videos
  6. Photo Settings – Turn Off Upload HD

Aplikasi Whatsapp

  1. Buka Whatsapp App
  2. Settings
  3. Data Usage
  4. Media Auto-Download – Turn Off Images
  5. Media Auto-Download – Turn Off Audio
  6. Media Auto-Download – Turn Off Videos

Sekiranya penggunaan Data anda masih tinggi sila semak pada bahagian Monitor atau Disable Data Apps dan buka setting aplikasi tersebut untuk tetapan yang berkaitan dengan Cellular Data.

P/S: Andai kata masih lagi tinggi penggunaan Data. Tekan butang Home dan klik ikon Settings -> Cellular Data dan Turn Off Cellular Data dan gunakan Wi-Fi.